Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua rakan-rakan, maaf dah lama tak update blog ini.....dengan kedatangan Ramadan Al Mubarak ini kita semua mengambil kesempatan daripada berkatnya Ramadan memperbanyakan ibadah dengan ganjaran berganda berbanding dengan bulan-bulan biasa.
9W2NRR
Rabu, 18 Ogos 2010
Marhaban Ya Ramadan
Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua rakan-rakan, maaf dah lama tak update blog ini.....dengan kedatangan Ramadan Al Mubarak ini kita semua mengambil kesempatan daripada berkatnya Ramadan memperbanyakan ibadah dengan ganjaran berganda berbanding dengan bulan-bulan biasa.
Isnin, 19 April 2010
KONVOI RAE KE PENANG
Syukur ke hadrat Illahi kerana perjalanan kami mengiringi rakan-rakan swl menduduki exams RAE di Penang iaitu pada 14.04.2010 telah selamat pergi dan balik ke Ipoh semula.
Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama kepada semua ahli-ahli PARTS yang turut meraikan pada pagi tersebut walaupun tidak dapat turut serta kerana qrl dengan tugasan masing-masing.
Juga kepada yang menjayakan konvoi kali ini, harus diberi pujian dan penghargaan kerana memberi kerjasama yang sepenuhnya semasa perjalanan pergi dan balik tanpa mengalami sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Kepada semua yang mengambil exams semoga lulus dan mendapat AA. Dengan ini bertambah bilangan rakan-rakan hams untuk menceriakan lagi ruang udara Ipoh.
Tidak dilupakan juga kepada 9W2AEK dengan celoteh dan gurauan yang menghidupkan suasana ceria di dalam perjalanan.....nak ngantok pun tak jadi disebabkan terpaksa menjawab soalan-soalan yang diajukan secara spontan......terimakasih....73 cheerio.

Ahad, 7 Mac 2010
Reunion Squad 1/1988
Rabu, 3 Mac 2010
9W2RMV

Tahniah kepada xyl yang dicintai yang baru sahaja menerima callsign iaitu 9W2RMV (Rohaida Mama Vogue) bermakna dengan ini beliau telah melebarkan sayap untuk QSO pada bila-bila masa. Kebaikannya tiada lagi perselisihan faham apabila beliau telah melibatkan diri dengan ham...cuma satu jer bila ada eyeball beliau nak ikut sama....walaubagaimanapun segala bimbingan daripada rakan-rakan amat diperlukan untuk tunjuk ajar. 88 cheerio....
Rabu, 10 Februari 2010
Tahniah lulus RAE
Sekalung tahniah kepada xyl kita yang telah lulus Peperiksaan Radio Amatur Siri 2 Tahun 2009 (RAE 2009-2) semoga dengan lulus RAE ini lebih mengiratkan lagi hubungan kita. Terima kasih juga kepada beliau kerana sanggup bertungkus lumus membaca nota-nota dalam tempoh sebulan sebelum menghadapi peperiksaan tersebut. Berdebar-debar juga kita menunggu keputusan keluar....almaklum beliau adalah anak didik kita yang pertama. Syukur alhamdulillah atas kejayaan beliau.
Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada semua rakan-rakan yang telah lulus RAE 2009-2, khasnya untuk rakan saltmine iaitu Khidri dan Idris dan tak lupa juga kepada Along dan Abang Aziz. Kepada rakan-rakan yang gagal jangan putus asa cuba lagi, sekiranya memerlukan pertolongan ramai rakan-rakan ham sudi membantu anda........73 cheerio
Selasa, 19 Januari 2010
Isnin, 18 Januari 2010
Ucapan terima kasih......
Ucapan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang terlibat sama ada secara langsung ataupun yang tidak kerana telah menjayakan pemasangan rig Yaesu FT8800 dual band dan Diamond Antenna X520M dual band pada ahad bertarikh 17.01.2010. Bukan tidak sudi untuk menjemput semua rakan-rakan disebabkan saya hanya mengadakan majlis kecil-kecilan sahaja, bajet pun dah berkurangan, jadi hanya menjemput rakan-rakan yang terdekat sahaja. Tetapi mana-mana rakan yang datang ke base station saya pada hari tersebut adalah hanya kebetulan dapat meluangkan masa untuk eye ball QSO dan memeriahkan lagi suasana.
Rakan-rakan yang hadir pada hari tersebut adalah 9M2SLJ Pak Lop, 9M2ZAE Pak Zainal, 9W2NIM Abg. Naim, 9W2SLI Pak Rosli, SWL Sdr. Ammadu, 9W2OPT Cikgu Aziz daripada Taiping, 9W2FTB Sdr. Faizul dan YL beliau.
Di samping itu juga, ucapan terima kasih kepada 9W2SHB Abg. Saleh dan 9W2SUF Sdr. Sufian dalam membantu dari segi technical support terutamanya setting frekuensi dan juga banyak info yang terkini telah saya perolehi.
Kepada semua rakan-rakan yang telah memberi kerjasama semasa ujian pemancaran diucapkan terima kasih kerana melancarkan lagi program tersebut dan membolehkan saya QSO tanpa menghadapi sebarang masalah dari segi teknikal. Jumpa lagi 7 3.

Langgan:
Catatan (Atom)